Sunday, August 25, 2013

Pada zaman dahulu...


Boleh saya katakan syawal yang paling banyak preparation mental..hahaha..sementelah kami sudah prepare plan raya awal ramadhan lagi..as usual pulang beraya awal seperti mana dulu, oh ya..syawal kali ni saya kembali menjadi perantau..baru saya perasan yang sudah 2 tahun saya menjadi penunggu setia di kg..Ramadhan kali sangatlah saya syukuri krn Mr Right bercuti sebulan, menghabiskan masa bersama saya, dan anak2..kenapa saya letak nama saya dulu..sebab anak2 ke sekolah, jadi mama byk habiskan masa pulun ibadat, dan menyelesaikan beberapa urusan bersama-sama..berbuka bersama2 terutamanya..tidak kisah tidak berbuka d hotel 10 bintang pun..asalkan kami dapat berkumpul bersama lagi..Alhamdulillah..


Visa akhir ramadhan last minit didapati tidak menjadi rezki kami mengundang kecewa di hati anak2..Allah sudah tahu suratan tertulis , mungkin cuaca panas, projek pembinaan tawaf bertingkat, waktu siang panjang mungkin ujian besar untuk kanak2 sebesar mereka...

Saya sendiri kecewa kerana telah kecewakan mentua saya, dan risau kerana Allah tidak menerima saya..MasyaAllah..kerana semua ini pilihan Allah..ada duit, tiket tapi sudah tertulis bukan giliran kami..

InsyaAllah, untuk anak2 yang rindu untuk melihat mekah dan madinah, berdoa lah semoga Allah memberi peluang kepada kamu..

Ramadhan yang saya tidak khatam quran, walaupun bangun seawal 3.30-4.00, solat dan sediakan sahur..dan selepas balik dari menghantar budak2 sek..saya pulun tidur..hehe..Ramadhan yang saya mendapat beberapa hari akhir ramadhan di sini..dan sewaktu khatam quran dan tarawikh d masid s.p, para jemaah mngs apabila imam berdoa..mengingatkan saya d madinah..waktu ada kematian jemaah malaysia, imam menangis dalam bacaan solat..solat isyak tidak salah saya..membuatkan saya syahdu...sob2..sob2..
*Teringat Ramadhan dan syawal d Perantauan tahun 2006

Kematian adalah pasti, tapi apakah persediaan saya...terlalu banyak nikmat yang saya ada..sering kali saya mengucap syukur..ikhlas kah di hati saya...

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Allah maha kuasa tidak melihat setinggi mana kah kedudukan kamu, banyak manakah harta yang kamu ada, yang dia terima amal ikhlas kamu aja..semua di sana kembali dengan sehelai kain putih tanpa manik dan berlian, seperti suasana d padang Arafah..Allahuakbar!
Sembahyang raya dengan sujud di atas tanah,( tp masih d atas sejadah) mengingatkan aja d padang arafah..waktu itu kenapa Allah memberi aja rasa mengantuk yang melampau, sedang beberapa jemaah lain galak beribadat..uhu..uhu.saya baca quran tersengguk2, bertasbih pun, tasbih terlepas!
Dengan seorang jemaah lanjut usia satu khemah dengan kami ..sudah pengsan..dan berita kematian seseorang yang lain waktu itu...tapi  tidak menimbul perasaan supaya mengupgrades amalan secepat mungkin waktu itu,hanya beberapa jam peluang yang ada.. tapi yang aja fikir waktu itu, nakkkk balikkkk..waaaa macam malaikat maut x boleh ambil nyawa kalau berada d malaysia..uhu..uhu..

sampai di sini dulu..lama x menulis..ke sana sini, membuatkan saya terpaksa memilih apa yang terpenting sekali untuk di buat..

Selamat hari raya, maaf zahir batin..salam kemaafan dari aja atas apa2 kekilafan..

Tuesday, April 23, 2013

...take a break...terapi...

MasyaAllah..bila Allah nak menguji seseorang itu..
DIA mengabulkan doa nya..

MasyaAllah..
pantas hari berganti, saya rasa kehilangan..sangat kehilangan keberkatan waktu, keberkatan hidup dalam hidup saya..cuba untuk bersangka baik dengan Allah..dan menyahkan prasangka dalam hati saya..
Nyah jauh2..tapi kadang2 d herat kembali oleh syaitan..datang dalam diri saya..

Syaitan selalu mengganggu kita dalam membuat keputusan..dan membuat kita rasa betul dengan mersakan itu adalah petunjuk yang benar...

Takut dengan apa yang telah saya lalui..lagi takut apa yang akan datang , ujian apa lagi akan datang dalam hidup saya..cuba menarik nafas..dan mengumpul aura positif..supaya semua positif..positif...bergabung dalam diri dan tubuh badan saya..cewah..cakap macam ahli falsafah..

Ujian senang paling saya sukar hadapi..sebagaimana sekarang..kalau mahu suruh saya ambil waktu dalam sehari..duduk sekejap dalam waktu2 sukar saya..dlm perasaan berbeza..mungkin saya tak boleh lakukan..saya cuma boleh merasai nikmatnya..dari jauh..hanya boleh kenang saje..bukan merasai rasa itu..

Ujian senang, ujian susah adalah set ujian pakej yang lengkap dalam hidup seorang manusia..seorang insan..seperti mana pepatah..selagi nama manusia, tidak lari dari membuat kesilapan..besarnya dosa saya sehingga d uji dengan ujian dan ujian...

Kesilapan seorang mukmin dalam berdoa..ialah tergesa2 dalam berdoa..sedang dia tidak tahu...Allah sudah mengetahui apa yang terbaik untuk dia..tapi d sebabkan dia tidak bersabar..dan tergesa2..Allah menguji dia..:(

Berperangsaka Baik lah dengan Allah..Allah sentiasa bersama dengan kita..setiap sesuatu ada hikmatnya..
Ingatlah..setiap sesuatu berlaku ada hikmatnya..tapi saya sudah kalah..kerana berkeluh kesah dengan ujian jatuh batu di atas kepala..:)

Ketika Allah turunkan hujan ribut petir...saya menangis..saya gagahkan untuk meredah..apabila hujan berhenti..Allah berikan saya matahari..saya tersenyum..tanpa saya sedari mentari yang muncul bakal memberi sinar terang panas membahang, atau sinar yang redup dan mendamaikan..

Merenung sejenak, apa yang saya ada..saya sangat mensyukuri..terima kasih ya Allah..akan saya jaga harta yang tak ternilai kurnian mu..berilah saya kekuatan lagi dan lagi..

'Tunjukkan saya ke jalan yang lurus..jalan orang yang engkau beri petunjuk..dan bukannya jalan orang2 yang sesat..'

amen..

aja..
segitiga bermuda..

Wednesday, February 13, 2013

pst..

pst...buang tebia
kan..Sewaktu si dia suprisekan bawa pulang kereta idaman nya..ada lagu ni..
that's why si jiwang karat post lagu ni...